Tuesday, October 26, 2010

SEJARAH SEKOLAH

Pertubuhan “Sister of The Infant Jesus” didirikan di Negara Perancis pada abad ke 17 oleh seorang daripada golongan “Minim’, iaitu Reverend Father Nicholas Barre (1621 – 1686)
   Father Barre mempunyai penuh kepercayaan kepada Tuhan. Beliau memerhatikan penderitaan penduduk-penduduk di desa Rauen, Perancis dan terus berazam untuk membantu mereka, terutamanya kanak-kanak.
     Pada tahun 1666, beberapa orang murid wanita yang mempunyai hasrat yang sama dengan Father Barre bersetuju untuk mengajar dan mendidik kanak-kanak di sana, khasnya kanak-kanak yang miskin.
     Kumpulan Sisters yang pertama telah tiba di Malaysia pada tahun 1852. Mereka mencurah tenaga mereka kepada pendidikan di sekolah dan memberi perlindungan kepada kanak-kanak yang malang.
     Sejak 1952, banyak sekolah-sekolah Convent telah didirikan oleh Pertubuhan Infant Jesus Sisters. Kebanyakan sekolah-sekolah ini terdapat di negeri-negeri di pantai barat di Semenanjung Malaysia.
     Sekolah Kebangsaan Convent Sitiawan adalah sebuah sekolah gred B. Kod sekolah ABB 1042. Dahulu dikenali dengan nama SRK Our Lady’s Convent. Mula dibina dalam tahun 1954. Terletak berhampiran jalan raya yang sibuk isitu Jalan Raja Omar. Tidak jauh dari bandar Sitiawan dan Pejabat Pelajaran Daerah Manjung. Berdahapan dengan Sekolah Kebangsaan St. Francis dan bersebelahan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Convent, Sitiawan.
      Pada peringkat awal penubuhannya, hanya ada 74 orang murid dan Guru Besar itu Puan E. Martinez. Pada tahun 1960, bilangan murid yang belajar di sekolah ini telah meningkat kepada 437 orang. 3 buah bilik darjah lagi terpaksa ditambah lagi menampung bilangan pelajar. Bilangan guru ketika itu seramai 17 orang dan 5 orang kakitangan bukan guru. 4 buah bilik darjah telah dipinjam dari Sekolah Kebangsaan St. Francis untuk membolehkan semua aliran dijalankan pada satu sesi sahaja.
     Persekolahan dua sesi ( dua sidang ) terpaksa dijalankan mulai tahun 1979. Masih dikekalkan sehingga sekaran. Murid-murid Tahap 2 belajar pada sesi pagi dan Tahap 1 pada sesi petang. Kegiatan Ko-kuirikulum bagi Tahap 1 dijalankan pada sebelah petang.
     Pada awal Mac 1982, Guru Besar ketika itu, Puan Mah Ai Hua telah berusaha membina sebuah bangunan dua tingkat dengan kerjasama serta sokongan kuat dari derma guru-guru, staf  sokongan, PIBG, orang perseorangan dan bantuan daripada Bahagian Pembangunan serta Kementerian Pendidikan. Bangunan ini siap pada Ogos 1982. Tingkat bawah dijadikan bilik guru dan bilik muzik.. Sekarang bilik muzik tersebut dijadikan bilik Sains. Tingkat atas dibahagikan kepada beberapa bahagian terdiri dari bilik Pemulihan Khas, perpustakaan dan Pusat Sumber. Di Bilik Pusat Sumber ini juga ditempatkan 6 set komputer untuk menjalankan pendidikan melalui komputer pada tahun 1988hingga 2003.
     Pihak pengurusan sekolah juga telah berjaya membina sebuah bengkel untuk Kemahiran Hidup pada penghujung tahun 1996. Mula digunakan pada januaari 1997. Kos pembinaan lebih kurang RM14,000.00 hasil sumbangan derma murid-murid, ibubapa, guru-guru dan PIBG.
     Murid-murid sekolah ini menyambung pelajaran mereka ke Tingkatan Satu ke Sekolah Menengah Kebangsaan Convent bersebelahan dengan sekolah ini. Sekolah Kebangsaan Convent dan Sekolah menengah Kebangsaan Convent berada dalam satu kawasan, berkongsi pintu masuk dan pintu keluar, berkongsi padang, kantin, bangunan sekolah. Saling bekerjasama, erat, toleransi, bantu-membantu dalam bayak perkara demi menjaga kehormonian.
Mulai 1998, PIBG telah bersetuju menubuhkan Kelab Komputer terbuka kepada semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6. Tenaga pengajarnya terdiri dari beberapa orang iibubapa yang mahir komputer. Setiap ahli dikenakan yuran RM10.00 sebulan. Kelas bermula setiap petang dari pukul 5.00 hingga 6.30 petang serta pada hari Sabtu dan Ahad dari pagi hingga petang. Tenaga pengajar dibayar elaun yang berpatutan. Mulai tahun 2003, kelas berkenaan tidak dijalankan lagi.